AGENDA

Hanya boleh lawat penjara melalui kaedah tempahan

7 Apr 2021, 12:50 AM
Hanya boleh lawat penjara melalui kaedah tempahan

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Jabatan Penjara kini membenarkan perjumpaan dan lawatan penjara melalui kaedah tempahan dengan garis panduan ketat bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan pelawat perlu membuat tempahan melalui sistem i-visit dengan melayari ivisit.prison.gov.my, secara panggilan telefon dan menghantar e-mel atau surat.

"Pihak institusi penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut pendaftaran terbuka (walk-in) dan pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan buat masa ini.

–BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.