AGENDA

Kerja ganti injap paip Empangan Klang Gates siap seperti dijadual

6 Apr 2021, 2:30 PM
Kerja ganti injap paip Empangan Klang Gates siap seperti dijadual

SHAH ALAM, 6 APRIL: Kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates siap seperti dijadual.

Air Selangor berkata bekalan air disalur kepada pengguna selepas sistem Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju yang dihenti tugas stabil.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat dan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Pengguna yang telah dan akan menerima bekalan air digalakkan untuk membiarkan air

pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian," kata agensi itu dalam kenyataan.

Pengguna boleh melayari https://www.airselangor.com/scheduled-water-supply-disruption-notice/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau menerusi media komunikasi rasmi Air Selangor.

Antaranya aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram serta laman sesawang http://www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.