ad
AGENSI

Selangor rekod 242 kes baharu Covid-19, 284 pesakit pulih

6 Apr 2021, 11:52 AM
Selangor rekod 242 kes baharu Covid-19, 284 pesakit pulih

SHAH ALAM, 6 APRIL: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 242 selepas merekodkan lebih 300 kes sejak tiga hari lepas.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 28 kes melibatkan kluster sedia ada serta baharu iaitu kluster Integrasi Rawang Tiga dan Kluster Jalan Badli Shah.

"Dua kluster baharu ini melibatkan jangkitan dalam kalangan pekerja sebuah syarikat pembinaan dan pusat pentadbiran awam.

"Selain itu sebanyak 104 kes melibatkan saringan kontak rapat, 105 kes lain-lain saringan dan lima import," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada keseluruhan kes baharu itu, 236 jangkitan tempatan, lima kes import dan satu kes babitkan tahanan penjara.

"Sebanyak 284 pesakit pulih menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini ialah 115,389. Satu kematian dilaporkan hari ini," katanya menerusi Facebook.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.