AGENDA

Amirudin ajak ahli KEADILAN tingkat khidmat untuk rakyat

4 Apr 2021, 2:30 PM
Amirudin ajak ahli KEADILAN tingkat khidmat untuk rakyat

SHAH ALAM, 4 APRIL: Dato' Seri Amirudin Shari mengajak ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meningkatkan khidmat demi rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri itu berkata hal itu perlu setelah lebih dua dekad parti tersebut berjuang membantu rakyat di negara ini.

"Selamat Ulangtahun ke-22 buat Parti Keadilan Rakyat. Lebih dari dua dekad berjuang untuk menyemarak dan melaksana agenda reformasi buat semua rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa.

"Semoga KEADILAN terus maju dan kukuh mendepani segala cabaran. Ayuh semua anggota KEADILAN, kita gembleng kekuatan bersama dan meningkatkan khidmat cemerlang kepada rakyat. Reformasi!," katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.