AGENDA

Tindakan polis panggil peserta perhimpunan Undi 18 membimbangkan

31 Mac 2021, 2:37 AM
Tindakan polis panggil peserta perhimpunan Undi 18 membimbangkan

SHAH ALAM, 31 MAC: Tindakan polis memanggil peserta perhimpunan Undi 18 di hadapan parlimen pada Sabtu lalu sangat membimbangkan dan merungsingkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada pengumuman yang mengatakan peserta melanggar tatacara oeprasi piawai (SOP) terkait wabak Covid-19.

"Beberapa individu dipanggil polis untuk diambil keterangan. Jika ada pertuduhan terhadap mereka, ia harus dibuat secara terbuka dan diteliti oleh badan kehakiman kita yang bebas.

"Wabak Covid-19 ternyata telah memberi tentangan yang maha dahsyat pada institusi-institusi serta kesihatan demokrasi," kata ketua pembangkang dalam kenyataan semalam.

Sabtu lalu, sekumpulan ahli politik dan aktivis hadir perhimpunan secara aman di hadapan parlimen bagi menuntut hak individu berusia 18 tahun mengundi.

Selain menuntut usia mengundi diturunkan, kumpulan ini juga menuntut sistem pendaftaran pengundi automatik setelah mencapai usia 18 tahun.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.