AGENDA

Jumlah mangsa banjir Kuantan meningkat, 249 orang setakat pagi

26 Mac 2021, 1:02 AM
Jumlah mangsa banjir Kuantan meningkat, 249 orang setakat pagi

KUANTAN, 26 MAC: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 249 orang setakat 7.30 pagi ini berbanding 114 orang semalam dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

Portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan PPS di Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap itu menempatkan 59 mangsa daripada 14 keluarga.

Pusat pemindahan lain ialah Balai Raya Kampung Tiram yang menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga; Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 (73 mangsa, 25 keluarga); Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga) dan Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga).

Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan hari ini dan cuaca di Kuantan pada pagi ini adalah mendung.

Sementara itu, laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan dua sungai di daerah ini iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Belat di Sri Damai, berada pada paras amaran.

- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.