ad
AGENDA

Usaha Invest Selangor lancar pelan antirasuah wajar dicontohi

26 Mac 2021, 12:15 AM
Usaha Invest Selangor lancar pelan antirasuah wajar dicontohi

SHAH ALAM, 26 MAC: Syarikat atau agensi di negeri ini disaran mencontohi inisiatif Invest Selangor Berhad yang melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2023.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkata OACP membantu syarikat menangani isu dalaman berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan ketirisan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Invest Selangor kerana menjadi anak syarikat Kerajaan Negeri pertama melancarkan OACP.

"Rasuah berlaku di mana sahaja, cuma bagaimana kita harus bertindak atau menyekat isu ini berlaku," kata Datuk Alias Salim selepas menyaksikan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Beliau berkata OACP merupakan pelengkap kepada IBR sebagai usaha mencegah rasuah dalam semua organisasi di peringkat persekutuan atau negeri.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris mengetuai 66 kakitangan melafaz dan menandatangani IBR.

Invest Selangor turut melancarkan OACP 2021-2023 ke arah menjadi organisasi korporat cekap, bertanggungjawab serta amanah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.