AGENDA

Korban masa dan nyawa, MB seru hargai jasa polis

25 Mac 2021, 10:15 AM
Korban masa dan nyawa, MB seru hargai jasa polis

SHAH ALAM, 25 MAC: Dato' Menteri Besar mengajak masyarakat menghayati dan menghargai jasa polis yang tekad berkhidmat meski terdedah situasi bahaya.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata anggota pasukan itu turut berkorban masa bersama yang tersayang demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

"Anggota polis yang sentiasa mencurah bakti demi keselamatan dan kesejahteraan lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik adalah inspirasi kepada kita semua.

"Moto Bersedia Berkhidmat yang dijulang di bahu mereka sandaran kepada usaha kita bersama demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat Selangor," tulisnya di Facebook sempena sambutan Hari Polis ke-214 hari ini.

Beliau turut mendoakan keselamatan warga berkenaan dipelihara dan sentiasa diberi kekuatan dalam melaksanakan tugas.

Sambutan hari polis diraikan serentak di seluruh negara pada 25 Mac dengan mengekalkan tema Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, sama seperti tahun lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.