AGENSI

Jais buka daftar masuk ke sekolah rendah agama integrasi

25 Mac 2021, 3:55 AM
Jais buka daftar masuk ke sekolah rendah agama integrasi
Jais buka daftar masuk ke sekolah rendah agama integrasi

Shah Alam, 25 MAC: Permohonan masuk ke tahun satu Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk 2022 kini mula dibuka.

Jabatan itu berkata hanya kanak-kanak warganegara dilahirkan dari 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dibenarkan memohon.

“Pemohon iaitu ibu bapa juga hendaklah berstatus warganegara dan terlebih dahulu membuat pendaftaran sebagai pengguna di portal MyGovernment, mereka juga perlu memasukkan data maklumat kanak-kanak di laman sesawang berkenaan.

“Pada masa sama, pelajar yang ingin memohon perlu mendaftar dengan Sekolah Kebangsaan terlebih dahulu,” katanya menerusi Facebook.

Pihak berminat boleh melayari laman sesawang www.malaysia.gov.my atau https://sekolah.jais.gov.my/srai untuk membuat permohonan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.