AGENSI

Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi empat hari berturut-turut

13 Mac 2021, 12:54 PM
Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi empat hari berturut-turut

SHAH ALAM, 13 MAC: Sebanyak 333 kes baharu Covid-19 direkodkan di Hulu Langat hari ini, turun berbanding 428 kes yang dicatatkan semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah terbabit kekal merekodkan angka kes tertinggi untuk tempoh empat hari berturut-turut.

"Majoriti kes dikesan hasil saringan kontak rapat iaitu mukim Ampang (129), Kajang (103), Cheras (69), Semenyih (23), Hulu Langat (tiga) dan Beranang (satu) manakala empat kes penjara serta satu jangkitan import," katanya di Facebook.

Sementara itu, sebanyak 67 kes dikesan di Petaling, Gombak (58), Klang (33), Kuala Langat (32), Sepang (14), Kuala Selangor (sembilan), Hulu Selangor (lima) manakala tiada jangkitan di Sabak Bernam.

Hari ini, kes sembuh di Selangor meningkat kepada 787 sekali gus mengatasi kes baharu iaitu 551.

Keseluruhannya, Selangor mencatat 108,419 kes sejak wabak melanda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.