AGENSI

Sabak Bernam kembali rekod sifar kes harian Covid-19

8 Mac 2021, 12:44 AM
Sabak Bernam kembali rekod sifar kes harian Covid-19

SHAH ALAM, 8 MAC: Sabak Bernam kembali merekodkan sifar kes baharu Covid-19 semalam berbanding satu pada Sabtu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan ia mengulangi catatan daerah tersebut sebelumnya iaitu tanpa jangkitan lima hari berturut-turut sejak 1 Mac.

“Petaling pula kekal mencatat jumlah tertinggi dengan 283 kes diikuti Hulu Langat (166), Klang (117) dan Kuala Langat (102).

"Manakala empat daerah lain, Hulu Selangor merekod 23 kes, Kuala Selangor (21), Gombak (19) dan Sepang (14)," kata agensi itu menerusi Facebook.

Kes Covid-19 di Selangor pula kekal tiga angka dengan 746 iaitu 742 penularan tempatan, luar negara (satu) dan penjara (tiga) selain pertambahan dua kematian.

Sebanyak 1,683 jangkitan dikesan di seluruh negara semalam iaitu di bawah 2,000 kes selama dua hari berturut-turut menjadikan jumlah kumulatif 313,460.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.