AGENDA

RM1 juta laksana program cegah salah guna dadah di Selangor

26 Feb 2021, 11:11 AM
RM1 juta laksana program cegah salah guna dadah di Selangor

SHAH ALAM, 26 FEB: Skuad Penerangan Komuniti (Speak) akan mempergiat program pencegahan dadah di 22 parlimen di Selangor, kata setiausaha kehormat Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) negeri.

Daing Muhammad Reduan Bachok berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima sumbangan berjumlah RM1 juta yang disalurkan Kerajaan Negeri pada tahun ini.

"Pemadam dan Speak perlu melihat semula program pendidikan dan pencegahan dadah, kita kena pastikan program yang dijalankan benar-benar memberi impak.

"Saya amat yakin dengan semangat dan tekad tinggi, istiqamah dan keazaman yang jitu, gerakan secara menyeluruh dan bersepadu, kita mampu menggenggam kejayaan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutup Sambutan Bulan Antidadah Peringkat Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata komitmen Kerajaan Negeri mencegah penyalahgunaan dadah dizahirkan menerusi penubuhan Speak.

Speak ditubuhkan bawah Pemadam Selangor untuk memberi pendidikan tentang pencegahan dadah melalui inisiatif dan pendekatan baharu.

 

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.