AGAMA

Guna telefon bimbit permudah bayaran zakat

22 Feb 2021, 4:08 AM
Guna telefon bimbit permudah bayaran zakat

SHAH ALAM, 22 FEB: Orang ramai kini boleh membuat bayaran zakat pendapatan, pelaburan dan perniagaan hanya menerusi telefon bimbit, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu berkata menerusi laman portal ezakatpay itu mereka perlu mengikuti empat langkah iaitu mengisi maklumat pembayar seperti nama penuh dan kad pengenalan.

"Langkah lain ialah memilih kaedah bayaran, pilih bank dan terakhir mendapatkan resit bayaran.

"Segalanya makin pantas di dunia ini, termasuk juga cara anda untuk membantu saudara yang memerlukan dalam komuniti kita," kata LZS menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.