AGENSI

Selangor belanja RM850,000 naik taraf lif, pagar pangsapuri di Gombak

21 Feb 2021, 3:28 PM
Selangor belanja RM850,000 naik taraf lif, pagar pangsapuri di Gombak

BATU CAVES, 21 FEB: Sejumlah RM850,000 diperuntuk untuk menaik taraf kemudahan lif dan pagar Pangsapuri Kenanga di Gombak Permai di sini.

Dato' Menteri Besar berkata projek diselenggara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dijangka siap penghujung Mei ini.

"Semua projek pembangunan berjalan mengikut jadual walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kerajaan Negeri sentiasa meneliti masalah rakyat dan berusaha menyalurkan bantuan mengikut keperluan," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pada program Ziarah Kasih sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhammad hari ini.

Sebelum itu, Amirudin turut menziarahi penduduk yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 selain meninjau mercu tanda Sungai Tua dan kebun komuniti.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.