ad
AGENSI

Teliti status tanah lapang, giat pertanian moden

21 Feb 2021, 1:32 PM
Teliti status tanah lapang, giat pertanian moden

BATU CAVES, 21 FEB: Kerajaan Negeri akan meneliti semula status tanah lapang di Gombak Permai untuk dijadikan kebun komuniti berkonsep pertanian moden.

Dato' Menteri Besar berkata langkah itu bagi menggalakkan aktiviti bercucuk tanam, memanfaatkan tanah terbiar dan menjimatkan perbelanjaan makanan asas.

"Setiap tahun kita belanja puluhan bilion untuk import makanan segar, justeru apabila wujud tanaman berasas hidroponik, penduduk tidak lagi perlu berbelanja untuk beli makanan asas sebaliknya ambil sahaja dari kebun," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau yang ditemui selepas melawat kebun komuniti di sini turut meminta pihak berkuasa tempatan meneliti kawasan dan tanaman bersesuaian untuk memperluas usaha berkenaan.

Amirudin menjelaskan usaha mewartakan status tanah lapang di daerah lain juga akan dinilai bersama pejabat daerah dan tanah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.