AGENSI

Kuala Langat rekod kes tertinggi Covid-19

18 Feb 2021, 1:30 PM
Kuala Langat rekod kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 18 FEB: Kuala Langat menjadi daerah tertinggi kes positif Covid-19 hari ini dengan rekod 249 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan kes itu rata-ratanya berpunca daripada jangkitan di tempat kerja.

"Klang pula daerah kedua tertinggi dengan catatan 238 kes diikuti Petaling (169), Hulu Langat (166) dan Gombak (111).

"Manakala, Kuala Selangor pula mencatatkan 33 kes, Sepang (29), Hulu Selangor (14) dan Sabak Bernam (empat), katanya di Facebook.

Keseluruhan kes baharu positif Covid-19 di Selangor hari ini adalah 1,013 kes dengan 1,368 pesakit pulih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.