AGENSI

Sepang catat kes tertinggi positif Covid-19

17 Feb 2021, 3:25 PM
Sepang catat kes tertinggi positif Covid-19

SHAH ALAM, 17 FEB: Sepang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor hari ini iaitu 396 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan pertambahan kes itu rata-ratanya berpunca daripada jangkitan di tempat kerja melibatkan Kluster Tanjung Suria.

"Manakala Klang menjadi daerah kedua tertinggi dengan catatan 331 kes juga majoriti disebabkan saringan pekerja dan kontak rapat.

"Kuala Langat pula merekodkan 201 kes diikuti Gombak (120), Hulu Langat (103), Kuala Selangor (29) dan Hulu Selangor (sembilan)," katanya di Facebook.

Selangor merekodkan 1,382 kes Covid-19 dengan 571 pesakit sembuh dan lapan kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.