AGENSI

Gombak catat kes positif Covid-19 tertinggi

16 Feb 2021, 11:56 PM
Gombak catat kes positif Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 17 FEB: Gombak mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor dengan 357 kes, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 177 kes direkodkan di mukim Rawang diikuti Batu (96), Hulu Kelang (52), Kuang (18), Setapak (12) dan penjara (dua).

"Manakala tiga daerah lagi mencatat lebih 200 kes iaitu Sepang (271), Hulu Langat (268) dan Petaling (237).

"Klang merekodkan 109 kes yang mana 76 dari mukim Klang dan Kapar (33)," maklum agensi itu di Facebook.

Selain itu menurutnya Hulu Langat pula mencatatkan 35 kes diikuti Kuala Selangor (15) dan Hulu Selangor lapan kes.

Keseluruhan kes positif Covid-19 di Selangor semalam ialah 1,300 kes membabitkan jangkitan tempatan, dua kematian turut direkodkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.