ad
AGENSI

LZS: Warga emas tinggal di surau dapat bilik sewa

13 Feb 2021, 8:50 AM
LZS: Warga emas tinggal di surau dapat bilik sewa

SHAH ALAM, 13 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan bilik sewa buat seorang warga emas yang didapati hampir empat tahun hidup menumpang di surau.

Agensi itu menerusi kenyataan berkata bayaran sewa bulanan ditanggung LZS sementara badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan perabot bilik tidur buat lelaki berkenaan.

"Difahamkan, pakcik berkenaan menumpang teduh di surau dan menjual dadih demi kelangsungan hidup hanya kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak.

"Sebenarnya sudah beberapa kali pakcik berkenaan dipujuk untuk berpindah daripada surau, tetapi ditolak dan akhirnya beliau berjaya dipujuk untuk berpindah ke bilik sewa di Seksyen 17, Shah Alam," katanya.

LZS juga memaklumkan usaha itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7 dan sebuah televisyen swasta.

"Terima kasih pembayar Zakat Selangor kerana wang zakat yang anda tunaikan dapat membantu mereka yang memerlukan," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.