AGENSI

Mais: 385 keluarga B40 terima bantuan fidyah

12 Feb 2021, 4:36 AM
Mais: 385 keluarga B40 terima bantuan fidyah

SHAH ALAM, 12 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan fidyah kepada 385 keluarga layak sekitar Klang kelmarin.

Agensi itu berkata bantuan berupa makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu bernilai RM100 setiap keluarga.

“Bantuan membabitkan nilai RM38,500 ini dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya di Facebook.

Menurutnya agihan bantuan disalur menerusi masjid dan surau yang diuruskan bersama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.