AGENSI

Selangor anjur Tahun Baharu Cina dalam talian secara langsung

11 Feb 2021, 7:00 AM
Selangor anjur Tahun Baharu Cina dalam talian secara langsung
Selangor anjur Tahun Baharu Cina dalam talian secara langsung

SHAH ALAM, 11 FEB: Kerajaan Selangor menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina 2021 peringkat negeri secara dalam talian pada 12 Februari jam 9 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor berkata sambutan perayaan besar-besaran itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti muzik dan kebudayaan Cina yang sesuai untuk tontonan semua bangsa.

"Kerajaan Selangor juga menganjurkan kempen Rebut Peluang Menang Angpau bernilai RM10,000," kata Dato' Teng Chang Khim.

Beliau berkata kempen itu hanya diadakan di Facebook Dato' Menteri Besar dan Teng Chsng Khim dengan sebanyak 310 angpau disediakan serta peserta berpeluang memperoleh antara RM28 (150 angpau) dan RM168 (lima angpau).

Katanya, bagi memenangi angpau RM168 cabutan akan diadakan pada minit ke-15, 30, 45, 60 dan selepas siaran langsung tamat.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 15 Februari.

 

Berikut langkah-langkah penyertaan:

1. Saksikan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Selangor secara dalam talian pada 12 Februari, jam 9 malam dan kongsi di Facebook serta jadikan siaran umum

2. Tanda rakan dan keluarga anda sebanyak mungkin di ruangan komen, tulis ucapan selamat dan letak tanda pagar #alliwantforcnyisyou

Layari Facebook Teng Chang Khim dan linktr.ee/cnyselangor untuk maklumat lebih jelas.

Kumpulan kebudayaan yang bakal membuat persembahan ialah:

1. Emcees’ Talk Show – Soo Wee Seng & Soo Rui Yang

2. Reunion – Hands Percussion Malaysia

3. Reminiscence – Han Fong Dance Ensemble

4. The Conqueror – Sara Heng & Hands Percussion Malaysia

5. Don’t Worry, My Dear – Fresco Harmonica Ensemble

6. Teochew Puppet Documentary – Teochew Puppet & Opera

7. A New Bloom- Ong Chia Kun & Howz & Jimmy Ch’ng

8. Lion Dance Documentary – The King of Lion Dance

9. Lion Dance – Subang Hong Teck

10. Horse Dance – Shui Tung Fang Band

11. CNY Song 2021 – Tha Jie Ying

12. Gong Xi Gong Xi – Barisan EXCO

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.