AGENSI

MB gesa kit saringan Covid-19 diletak harga siling, lebih mampu milik

5 Feb 2021, 12:56 AM
MB gesa kit saringan Covid-19 diletak harga siling, lebih mampu milik

SHAH ALAM, 5 FEB: Kerajaan disaran meletak harga siling bagi kit ujian saringan Covid-19 selaras dengan pelaksanaan darurat pada 11 Januari lalu.

Dato' Menteri Besar berkata cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan kuasa sedia ada supaya kit ujian itu bersifat lebih mampu milik untuk diguna orang awam.

"Perkara ini saya sudah suarakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan mungkin boleh diberi subsidi.

"Bila tindakan ini dilakukan, itulah justifikasi sebenar pelaksanaan darurat seperti diumumk kerajaan," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika Program Bicara Covid-19 dan Kesiapsiagaan Negeri menerusi siaran langsung di Facebook.

Turut sama dalam program anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada masa sama, Amirudin turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kerjasama supaya hospital swasta membantu sebahagian pesakit Covid-19 yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Ini bagi mengurangkan beban ditanggung hospital kerajaan dan kerjasama ini membolehkan kedua-dua hospital berkongsi kemudahan sedia ada.

"Kerajaan perlu bertindak segera dan sudah tentu kami daripada Kerajaan Negeri bersedia membantu kerana membanteras Covid-19 perlu dilakukan dengan usaha bersama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.