AGENDA

KWSP Shah Alam dibuka semula mulai esok

2 Feb 2021, 12:39 PM
KWSP Shah Alam dibuka semula mulai esok

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunter di KWSP Shah Alam mulai Rabu 3 Februari 2021.

Cawangan itu ditutup pada Isnin selepas beberapa kakitangannya yang disaring positif Covid-19.

Menerusi kenyataan pada Selasa, dana persaraan itu menjelaskan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan kakitangan sentiasa terjaga, pihaknya akan terus melaksanakan tatacara operasi piawai di cawangan seluruh negara.

“Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu,” menurutnya.

Selain itu, semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan, jelasnya.

Menurut KWSP semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan.

Ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau layari laman web KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.