AGENDA

PKP Selangor, KL disambung hingga 4 Februari

21 Jan 2021, 9:51 AM
PKP Selangor, KL disambung hingga 4 Februari

SHAH ALAM, 21 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri termasuk Selangor yang dijadual berakhir pada 26 Januari dilanjutkan sehingga 4 Februari.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perintah itu membabitkan Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah.

"Ia adalah hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19.

"Ini bermakna seluruh negara dikenakan PKP kecuali Sarawak," katanya dalam sidang media hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.