AGENSI

Pecutan Terakhir eptrs.my tingkat penguasaan calon SPM, STPM

16 Jan 2021, 7:18 AM
Pecutan Terakhir eptrs.my tingkat penguasaan calon SPM, STPM
Pecutan Terakhir eptrs.my tingkat penguasaan calon SPM, STPM

SHAH ALAM, 16 JAN: Portal pendidikan Selangor eptrs.my menyediakan program khas 'Pecutan Terakhir' untuk meningkatkan penguasaan calon peperiksaan.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif tersebut bakal membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tercicir pelajaran akibat Covid-19.

"Program ini lanjutan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diadakan pada setiap tahun. Susulan penularan Covid-19, kita sediakan modul khas secara dalam talian disediakan pakar Jabatan Pendidikan Negeri.

"Kerajaan Negeri berharap program sokongan kemahiran ini membantu pelajar kurang berkemampuan seiring usaha memastikan semua anak Selangor menerima akses pendidikan terbaik," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika berucap merasmikan portal eptrs.my menerusi Facebook hari ini.

Portal tersebut menyediakan sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah untuk SPM serta Pengajian Am dan Ujian Bahasa Inggeris (Muet) untuk STPM.

Untuk pelajar yang tidak menyertai PTRS, Kerajaan Negeri memberi kata laluan khas kepada pihak sekolah di Selangor bagi membolehkan mereka mengakses portal tersebut.

Pada Mac tahun lepas Kerajaan Negeri melaksana program e-pembelajaran, Selangor Tutor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif tersebut yang menyediakan tiga juta soalan mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima 100,000 pendaftaran pelajar sejak mula dilaksana pada April sehingga September.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk sejumlah RM13 juta bagi menjayakan PTRS berbanding RM10 juta pada tahun lepas.

Berikut adalah cara untuk mendaftar: 

[video width="1280" height="720" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2021/01/PTRS.mp4"][/video]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.