AGENSI

Air Selangor beroperasi seperti biasa ketika PKP

13 Jan 2021, 7:27 AM
Air Selangor beroperasi seperti biasa ketika PKP

SHAH ALAM, 13 JAN: Semua perkhidmatan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Agensi berkata ia termasuk semua loji rawatan air (LRA), sistem bekalan serta kaunter khidmat pelanggan yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

"Manakala, tugasan pembaca meter di setiap premis pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga berjalan seperti biasa.

"Bagaimanapun, bagi mengelak kesesakan dan mengurangkan kontak rapat antara pelanggan dan petugas, Air Selangor mengalakkan urusan secara dalam talian," katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, orang ramai boleh membuat transaksi menerusi perbankan internet Jompay (Biller Code: 4200), aplikasi Air Selangor yang dimuat turun di App Store, Google Play Store atau Huawei Gallery, portal perkhidmatan pelanggan dan ejen kutipan berdaftar.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi Air Selangor di talian 15300 atau secara dalam talian di aplikasi Air Selangor, e-mel wecare@airselangor.com dan laman sesawang http://www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.