AGENDA

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemukan

12 Jan 2021, 2:51 PM
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemukan

JAKARTA, 12 JAN: Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini.

Menurut agensi berita Antara, kotak hitam itu dijumpai pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat (WIB).

Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas jam 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.