AGENSI

Covid-19: Selangor rekod 557 kes, majoriti hasil saringan

11 Jan 2021, 3:05 PM
Covid-19: Selangor rekod 557 kes, majoriti hasil saringan

SHAH ALAM, 11 JAN: Selangor merekodkan 557 kes baharu Covid-19 hari ini atau 25 peratus daripada keseluruhan kes dalam negara.

Ketua pengarah kesihatan berkata saringan kontak rapat menyumbang 283 kes, lain-lain saringan (152), penularan kluster (121) dan kes import (satu).

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan satu lagi kluster baharu dikesan di Lembah Klang iaitu Kluster Medan Idaman melibatkan Cheras dan Titiwangsa.

"Hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya mulai 6 Januari hingga hari ini, seramai 10 daripada 84 individu disaring dikesan positif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 138,224 kes.

Seramai 1,006 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih sebanyak 109,115 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.