AGENSI

Air Selangor tangguh kerja ganti paip baharu susulan PKP

11 Jan 2021, 1:35 PM
Air Selangor tangguh kerja ganti paip baharu susulan PKP

SHAH ALAM, 11 JAN: Kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, di sini yang dijadual esok ditangguhkan.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan keputusan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

"Untuk maklumat bekalan air yang sahih, layari laman web www.airselangor.com, rujuk saluran komunikasi atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300," kata agensi itu dalam kenyataan.

Pada 6 Januari, Air Selangor memaklumkan sebanyak 36 kawasan meliputi wilayah Shah Alam, Klang dan Petaling bakal mengalami gangguan bekalan susulan kerja penggantian paip baharu.

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan meliputi tiga peringkat untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari susulan peningkatan kes Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.