AGENSI

Operasi ibu pejabat, cawangan LZS tutup Isnin ini

2 Jan 2021, 3:15 PM
Operasi ibu pejabat, cawangan LZS tutup Isnin ini
Operasi ibu pejabat, cawangan LZS tutup Isnin ini

SHAH ALAM, 2 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menutup operasi ibu pejabat dan semua cawangannya Isnin ini.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan waktu operasi akan kembali seperti biasa pada hari Selasa.

"Namun, tiga cawangan LZS iaitu di Taman Melawati, Bandar Baru Ampang dan Sungai Buloh pula ditutup sehingga 10 Januari dan beroperasi semula keesokannya (11 Januari)," kata LZS di Facebook.

Menurut kenyataan cawangan itu ditutup sebagai mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) mencegah penularan Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.