AGENSI

Covid-19: Selangor catat 747 kes baharu, naik banding semalam

29 Dis 2020, 11:31 AM
Covid-19: Selangor catat 747 kes baharu, naik banding semalam

SHAH ALAM, 29 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 747 kes hari ini berbanding 697 kes yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu terus mencatat kes harian tertinggi iaitu 38.8 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 625 kes (83.7 peratus) daripada kluster dan saringan

kontrak rapat yang aktif di lapangan.

"Bilangan kes termasuk daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Lanang. Sementara 121 kes hasil lain-lain saringan dan satu kes import," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui Facebook memaklumkan satu kes import di Sabak Bernam membabitkan individu yang pulang dari Indonesia.

Agensi itu berkata seramai 204 pesakit Covid-19 negeri itu pulih setakat ini menjadikan keseluruhan yang sembuh sebanyak 20,264 kes. Jumlah kematian kekal 41 orang.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 30,716 kes Covid-19 setakat ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.