AGENSI

Kes harian Covid-19 Selangor naik hampir dua kali ganda

28 Dis 2020, 11:24 AM
Kes harian Covid-19 Selangor naik hampir dua kali ganda

SHAH ALAM, 28 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat hampir dua kali ganda hari ini iaitu 697 kes, berbanding 392 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 593 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

"Sebanyak 104 kes pula mendapat jangkitan melalui lain-lain saringan Covid-19," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya, negeri itu turut merekodkan dua kes kematian baharu membabitkan seorang wanita berusia 62 tahun dan seorang lelaki 90 tahun di Hospital Sungai Buloh.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 29,969 kes Covid-19 setakat hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.