ad
EXCO

Pengguna Bas Smart Selangor wajib ada aplikasi CEPat mulai 16 Januari

26 Dis 2020, 9:12 AM
Pengguna Bas Smart Selangor wajib ada aplikasi CEPat mulai 16 Januari

SHAH ALAM, 26 DIS: Orang ramai diwajibkan mempunyai aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) bermula 16 Januari untuk menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han berkata aplikasi CEPat boleh dimuat turun melalui Playstore dan AppStore.

"Namun bagi peringkat permulaan, sistem yang dipanggil 'Scan to Ride' ini akan dilaksanakan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Pelaksanaan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) lain akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun Sze Han berkata warga emas dan kanak-kanak tidak perlu menggunakan aplikasi terbabit.

"Tetapi mereka digalakkan membawa kad pengenalan asli atau salinan. Ini bagi membolehkan kapten bas memberi kebenaran kepada mereka untuk menaiki bas.

"Saya harap orang ramai peka kepada sebarang pengumuman berkenaan 'Scan to Ride' serta perkembangan pelaksanaannya bagi PBT lain," katanya.

Aplikasi 'Scan to Ride' membolehkan pengguna membayar tambang melalui kad atau mengimbas kod QR.

Usaha itu selaras hasrat mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.