AGENDA

Selangor rekod 1,014 kes baharu Covid-19

22 Dis 2020, 11:11 AM
Selangor rekod 1,014 kes baharu Covid-19
Selangor rekod 1,014 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 22 DIS: Selangor mencatatkan 1,014 kes baharu Covid-19 menurun 190 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 887 adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat.

"Sebanyak 736 adalah jangkitan daripada kluster sedia ada dan baharu manakala 151 saringan kontak rapat, 126 lain-lain saringan serta satu kes import," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat dua pertambahan kluster baharu direkodkan di negeri ini iaitu Kluster Pasar Baru di Klang dan Kuala Langat serta Kluster Bukit Naga (Klang).

"Setakat hari ini, sebanyak 309 kes dikesan positif di Kluster Pasar Baru manakala di Kluster Bukit Naga seramai 58 individu turut dijangkiti Covid-19," jelasnya.

Sementara itu, kes baharu pandemik itu di Malaysia pula kekal empat angka iaitu 2,062 kes.

Seramai 911 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 111 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 51 memerlukan bantuan pernafasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.