AGENSI

Orang ramai disaran jalani saringan di Klang esok

22 Dis 2020, 4:11 AM
Orang ramai disaran jalani saringan di Klang esok
Orang ramai disaran jalani saringan di Klang esok

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerajaan Negeri menggesa orang ramai khasnya di Klang menjalani ujian saringan Covid-19 yang akan dijalankan esok.

Dato' Menteri Besar berkata program ujian bersasar komuniti bermula jam 9 pagi hingga 4 petang diadakan di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana.

"Orang ramai yang tinggal di beberapa lokasi khusus sekitar Klang disarankan untuk mengambil ujian saringan bersasar komuniti yang dijalankan Kerajaan Negeri.

"Segera daftar di laman sesawang SELangkah bagi melicinkan proses saringan. Ujian saringan ini adalah percuma," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Antara kawasan perumahan berhampiran ialah Taman Bayu Perdana, Prima Bayu Apartment, Bayu Villa Apartment, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.