AGENDA

Majikan wajib pastikan pekerja asing jalani saringan Covid-19 mula 1 Jan 2021

21 Dis 2020, 11:55 AM
Majikan wajib pastikan pekerja asing jalani saringan Covid-19 mula 1 Jan 2021

PUTRAJAYA, 21 DIS: Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Januari 2021 bagi menangani penularan pandemik itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.

"Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik-klinik yang dilantik oleh Perkeso," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat dan mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.