AGENDA

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Krovanh

21 Dis 2020, 12:00 AM
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Krovanh

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Krovanh yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataannya malam tadi, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 513 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada 8 malam tadi, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 595 km ke tenggara Da Lat, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j).

“Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.