AGENSI

KDEBWM agih 145 kotak makanan asas kepada individu terjejas Covid-19

19 Dis 2020, 1:38 AM
KDEBWM agih 145 kotak makanan asas kepada individu terjejas Covid-19

SHAH ALAM, 19 DIS: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengagih 145 'Kotaq Infaq Covid-19' kepada individu terjejas akibat pandemik.

Pengarah Urusan Ramli Mohd Tahir berkata penerima terdiri daripada asnaf, miskin bandar, orang kelainan upaya dan mereka yang hilang pendapatan.

"Sumbangan dengan kerjasama Syarikat Bidara Mills Sdn Bhd berupa barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sardin dan susu pekat dan pelbagai lagi.

"Sumbangan kali keempat ini dengan peruntukan RM10,800 adalah hasil terkumpul warga kerja KDEBWM," katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pihaknya terpanggil untuk membantu golongan terbabit dan berharap sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.