AGENDA

Covid-19: Kes baharu, pulih kekal empat digit

16 Dis 2020, 10:32 AM
Covid-19: Kes baharu, pulih kekal empat digit
Covid-19: Kes baharu, pulih kekal empat digit

SHAH ALAM, 16 DIS: Kes baharu dan sembuh Covid-19 kekal empat digit dengan mencatatkan 1,295 kes positif dan 1,052 pulih, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu, 10 kes adalah kes import manakala penularan tempatan sebanyak 1,285 kes.

"Terdapat pertambahan tujuh kematian hari ini melibatkan empat warganegara dan tiga bukan warganegara yang mana lima di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Kelantan.

"Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 14,751 kes," katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah beliau, terdapat 113 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.