AGENSI

MB jelajah DUN Sungai Tua, agih sumbangan kepada masyarakat

13 Dis 2020, 3:56 AM
MB jelajah DUN Sungai Tua, agih sumbangan kepada masyarakat

GOMBAK, 13 DIS: Dato’ Menteri Besar hari ini mengadakan siri jelajah di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Lawatan dimulakan dengan sarapan pagi di Warung Mat Rock, Taman Industri Bolton Batu Caves.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluang masa kira-kira setengah jam bersama pemilik warung Awien Zul serta masyarakat setempat di gerai makan menyajikan pelbagai jenis nasi lemak berlauk yang enak dengan harga RM1 sahaja.

"Di kala ramai terkesan dengan pandemik Covid-19 sehingga ada kehilangan pekerjaan dan kurang pendapatan, saya bersyukur masih ramai peniaga dan peniaga kecil tidak menaikkan harga barang jualan terutamanya makanan serta minuman agar lebih ramai boleh menerima manfaat.

"Semoga peniaga dan pemilik warung yang bermurah hati ini terus dimurahkan rezeki serta diluaskan perniagaannya," kata Ahli Dewan Negeri Sungai Tua menerusi Facebook.

Beliau kemudian menghadiri Program Serahan Sumbangan DUN Sungai Tua dan HIJRAH Selangor kepada lebih 100 penerima di Majid An Nur Kampung Wira Damai di Kampung Laksamana, Batu Caves.

Siri jelajah diteruskan dengan Perasmian Kiosk Koperasi Lestari Kampung Sungai Tua serta aktiviti gotong royong di Kampung Sungai Tua Baharu.

Pada tengah hari beliau dijadualkan menghadiri Program Penyerahan Sumbangan Sempena Krismas di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua di Dataran Selayang serta ziarah kematian di Kampung Fajar, Hulu Kelang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.