AGENDA

Ubah sikap dan iltizam politik melawan rasuah

10 Dis 2020, 1:15 AM
Ubah sikap dan iltizam politik melawan rasuah

SHAH ALAM, 10 DIS: Usaha melawan rasuah menjadi retorik berulang jika semua pihak gagal mengubah sikap dan iltizam politik, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata reformasi institusi menjadi tunjang dalam menggendong matlamat, namun impian tersebut belum terwujud secara nyata.

"Langkah ini perlu bermula daripada pihak yang berada di puncak kuasa kerana usaha membanteras rasuah memerlukan integriti dan kekuatan.

"Setiap institusi perlu dijamin bebas pengaruh eksekutif dan pemuka politik. Reformasi institusi penting bagi mengelakkan kebocoran dan ketirisan bantuan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020.

Anwar turut mengajak rakyat Malaysia membetulkan sikap terhadap rasuah dan membangunkan bangsa bermaruah serta berintegriti.

"Sehingga kini masih banyak yang mesti dilakukan negara ini bagi membanteras rasuah dan meletakkan Malaysia pada jalur demokrasi yang mempunyai kekuatan institusi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.