BERITA UTAMA

Selangor catat 417 kes Covid-19, tertinggi di Malaysia

8 Dis 2020, 11:08 AM
Selangor catat 417 kes Covid-19, tertinggi di Malaysia
Selangor catat 417 kes Covid-19, tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM, 8 DIS: Selangor merekodkan 417 kes baharu Covid-19 atau 41.2 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 115 kes melibatkan kluster sedia ada termasuk 17 kes kluster baharu dikenali kluster Seruling.

"Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan 116 kes melibatkan saringan kontak rapat, 185 kes saringan lapangan dan satu kes import," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan 1,012 kes baharu hari ini serta empat kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.