AGENDA

Covid-19: Selangor catat satu kematian, lima kes import

5 Dis 2020, 10:57 AM
Covid-19: Selangor catat satu kematian, lima kes import

SHAH ALAM, 5 DIS: Selangor mencatatkan satu kes kematian akibat Covid-19 membabitkan lelaki warga asing hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit kes ke-61,367 itu berusia 46 tahun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

“Pesakit juga mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.

“Tiga lagi kematian membabitkan warga emas turut dilaporkan, dua di Sabah dan satu di Johor. Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 380 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Setakat semalam, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mencatatkan 30 kematian akibat pandemik itu direkodkan di negeri ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 221 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini termasuk lima jangkitan luar negara.

“Bilangan ini menjadikan keseluruhan kes negeri sebanyak 16,075,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.