AGENSI

MB: Laman santai selebriti bantu artis terjejas Covid-19

28 Nov 2020, 4:39 PM
MB: Laman santai selebriti bantu artis terjejas Covid-19

GOMBAK, 29 NOV: Laman Santai Selebriti Kabin 8 diadakan bagi meringankan beban artis yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar berkata laman itu adalah hasil inisiatif Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi membantu golongan berkaitan.

"Saya menyambut baik usaha penduduk sini dan beberapa artis lama yang rata-ratanya terjejas berikutan pandemik Covid-19.

"Justeru, saya harap laman ini dapat meringankan beban mereka dan peniaga lain yang berniaga di sini," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Sumbangan Kabin JKP 8 di Laman Santai Selebriti di sini malam tadi.

Menurutnya, beliau juga bercadang mahu membantu artis yang terkesan sama ada menerusi bidang seni atau dalam bidang perniagaan dan perkara itu akan dibincangkan selepas ini.

Laman Santai Selebriti Kabin 8 dibuka setiap hujung minggu mulai jam 4 petang hingga 12 tengah malam dan kini sudah mula operasi lebih dua bulan.

Lebih 20 gerai termasuk 10 terdiri daripada perniagaan golongan artis lama yang menjual pelbagai jenis jualan seperti makanan, minuman, minyak wangi dan pakaian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.