AGENDA

Air Selangor hentikan talian 1-800-88-5252 mulai 1 Disember

27 Nov 2020, 8:45 AM
Air Selangor hentikan talian 1-800-88-5252 mulai 1 Disember

SHAH ALAM, 27 NOV: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) hari ini memaklumkan talian bebas tol

1-800-88-5252 tidak lagi digunakan bermula 1 Disember.

Ketua komunikasi korporatnya berkata pengguna boleh menghubungi talian 15300 yang beroperasi 24 jam untuk pertanyaan, cadangan dan aduan perkhidmatan bekalan air.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata informasi turut boleh diperolehi dengan memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari pautan https://www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.