AGENSI

Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat dibuka semula esok

24 Nov 2020, 7:02 AM
Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat dibuka semula esok

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat di Pusat Hentian Kajang yang

ditutup sejak 21 Oktober lalu kembali beroperasi mulai esok dengan waktu operasi terhad

sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi

semua jenis perkhidmatan iaitu kaunter percukaian, kaunter duti setem dan kaunter Bantuan

Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka dibuka setiap Isnin hingga

Jumaat, dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Namun, penerimaan bayaran bagi kaunter duti setem adalah hingga 12 tengah hari sahaja,”

menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-

8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat atau melalui

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/MS-MY/ .

-BERNAMA

Apa reaksi anda?