AGENDA

Petrol naik dua sen, diesel naik tujuh sen

20 Nov 2020, 10:01 AM
Petrol naik dua sen, diesel naik tujuh sen

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.