AGENDA

Covid-19: KKM sasar kadar jangkitan bawah 0.5

18 Nov 2020, 12:25 AM
Covid-19: KKM sasar kadar jangkitan bawah 0.5

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.

“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (Covid-19),” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Semalam, kes positif Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.