ad
PBT

MPSepang sanitasi kawasan Medan 88, zon Sri Dengkil

17 Nov 2020, 9:58 AM
MPSepang sanitasi kawasan Medan 88, zon Sri Dengkil
MPSepang sanitasi kawasan Medan 88, zon Sri Dengkil

SHAH ALAM, 17 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melakukan sanitasi di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi semalam.

Yang Dipertua Dato' Abd Hamid Hussain berkata proses yang bermula jam 8 pagi hingga 1 petang turut dijalankan di 24 zon di Sri Dengkil.

“Operasi sanitasi di seluruh kawasan dengan keluasan 7,240 kaki per segi melibatkan kekuatan 15 anggota MPSepang selain dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (23 anggota), Pejabat Kesihatan Daerah Sepang (lima anggota) dan polis (dua anggota).

“Kita menggunakan satu water jet (pancutan air), empat mist blower (penyembur kabus) dan 16 spray can (tin semburan) untuk melengkapkan proses sanitasi yang memakan masa hampir lima jam ini,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_450088" align="alignnone" width="755"] Kakitangan kesihatan melakukan proses nyahkuman di Post Kawalan Keselamatan dan khemah agensi di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang dikenakan PKPD pada 16 November 2020. Foto MPS[/caption]

Senarai lokasi sanitasi:

  • Medan 88, BBST - Post Kawalan Keselamatan dan Command Centre (khemah agensi)
  • Kawasan Perumahan Taman Topaz, Dengkil
  • Lot Komersial Pekan Dengkil
  • Medan Selera Dengkil
  • Gerai PLB Dengkil
  • Lot Komersial Cybervalley
  • Lot Komersial Taman Dengkil Jaya
  • Lot Komersial Dengkil Centrepoint
  • Lot Komersial Taman Deluxe Dengkil
  • Lot Komersial Taman Timah Langat
  • Lot Komersial Taman Intan
  • Pasar Awam Dengkil
  • Balai Polis Dengkil
  • Masjid Pekan Dengkil
  • Pejabat Pos Dengkil
  • Lot Komersial Taman Gemilang
  • Lot Komersial Pekan Dengkil
  • Tokong Kampung Baru Dengkil
  • Lot Komersial Taman Cemperai
  • Lot Komersial Taman Bintang Mas
  • Shell Dengkil
  • Petronas Dengkil
  • Lot Komersial Taman N S Maniam
  • Surau Taman Dengkil Jaya
  • Surau Taman Desa Dengkil

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.