PBT

MPS sita tiga jentera lupus sampah haram

17 Nov 2020, 5:38 AM
MPS sita tiga jentera lupus sampah haram

SHAH ALAM, 17 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita tiga jentera kerana disyaki terbabit dalam aktiviti meratakan tanah dan melupuskan sampah secara haram.

Bahagian perhubungan awam jabatan korporatnya berkata tindakan mengikut Seksyen 70A(1) Akta jalan Parit dan Bangunan 1974 diambil menerusi operasi pemantauan lokasi panas (hotspot) sampah haram kelmarin.

“Pada operasi di Rumpun Buana Sungai Pusu, Gombak, MPS menyita sebuah jentera excavator dan sebuah jentolak di tapak pembuangan sampah haram.

“Manakala lokasi kedua di sebelah Petronas Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju Lebuhraya Karak, MPS menyita sebuah backhoe yang sedang membuat kerja tanah tanpa kelulusan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memandang serius isu kerja tanah tanpa kelulusan di kawasan pentadbirannya dan akan melaksanakan pemantauan berterusan di semua lokasi panas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.